Hari ni merupakan hari jadi ke-26 BFF aku, Mohamad Faizal bin Rosly bin Jonoh ataupun nama manjanya Ijai Jonoh. (Sedar tak korang semue orang bernama Faizal akan mendapat nama gelaran dan tidak akan dipanggil Faizal?) Rakan-rakan aku time kecik dulu memang kurang pedoman tau ejek nama bapak orang je kerja. Disebabkan nama atuk Ijai sangat istimewa, gelaran Ijai Jonoh sampai skarang melekat. Stiap kali kitorang pergi ke pasar malam dan nampak roti John memang cepatla Ijai dihina.
Sempena birthday Ijai, entri ni ditulis dalam bahasa Melayu dan ade section ‘read more’ (wah!). Sila klik read more untuk mengenali Ijai dengan lebih lanjut...
Slurpppp. Ijai dengan aksi menjilat Jamil
Ijai merupakan anak tunggal tapi tidak diabaikan. Segala kekurangan dan kesepian Ijai akibat ketiadaaan adik-beradik diambil alih oleh kucing-kucingnya. Dulu, Ijai mempunyai berpuluh-puluh ekor kucing yang dipelihara. Namakan sajalah jenis-jenis kucing yang wujud. Kucing Persian, kucing Siam, kucing muka gemuk, kucing takde bulu; semua Ijai ada. Stiap kali ade pertandingan kucing memang Ijai dengan tentera kucing-kucing die akan sign up dan pasti akan balik dengan meraihkan pingat.
Terdapat banyak kisah keaiban birthday boy kita. Antaranya ialah kisah die memecahkan cawan semasa Isenye open house, menangis apabila Murtadha dan Dazu memasang porn kat komputer die semasa tingkatan satu, kisah baligh awal abnormal Ijai pada darjah 5 ke 6?(majoriti dalam form 1 dan form 2), kene tampar dengan liquid paper "cuba bau liquid paper ni Jai...", pengawas perpustakaan semasa skolah rendah, dan sebagainya.
Hmmm, terasa nak cite detail skit pengaiban.
Ijai merupakan ahli Team Bangi yang paling cemerlang dengan gadis-gadis. Walaupun Anas, Apai, Jamil ngan aku dah berkahwin, Ijai tetap mengalahkan kami sebagai playa dikalangan Team Bangi. Ini disebabkan Ijai pernah ade tiga gf. Hebat tu. Team Bangi yang lain paling banyak pun pernah ada dua je (Ikram selaku naib juara, Fandi aku tak tau, Abe ade gadis imajinasi).
Haha gf pertama Ijai agak cenderung ke arah lebih berat dpd normal. Kitorang sebagai teman rapat Ijai kenela memberitahu die yang gf die gemok. Memang best friends camtu, terus terang dan keji. Walau cmanepun, akibat dilamun cinta, Ijai mempedulikan kata-kata kitorang dan terus keluar dengan si pertama. Nasib baik gadis tu meremukkan hati Ijai dan Ijai akhirnye sedar yang pompuan tu heavyweight. Gf kedua Ijai plak kitorang tak kenal sangat. Pernah lihat skali dua je. Yang kitorang tahu, Ijai merapati gadis tersebut dekat kelas kayak semasa kat matrikulasi. Tak silap aku ade insiden di mana ade kelas kayak dan buku calculus.... ntah cmane cerita tu bermula dan berakhir. Kayak dan Calculus, memang resipi tak berjaya. Si Kedua tu curang dengan lelaki lain. Skarang Ijai masih bersama gf dia yang ketiga - Datilah - dan InsyaAllah akan berkekalan. Lihat sajalah teknik Ijai mendapatkan Datilah, smooth sungguh bukan.
Baiklah, mari kita memuji Ijai pula dengan ikhlas. Ijai memang kawan sejati. Stiap kali aku balik Malaysia tak perlu pun aku call Ijai dulu, terus aku drive ke rumah die ketuk pintu rumah. Slamber je haha. Kalau ade ape-ape aktiviti-aktiviti yang dirancang, memang Ijai lah yang akan semangat dan terus join. Takde kene call brape kali ntah nak confirmkan outing kitorang dan takde cancel last minit. Rumah Ijai pula sering menjadi tempat team Bangi melepak sebab Ijai ade TV besar dan Xbox360 serta game game ciplak. Dulu time Ijai takde Xbox360 pun kitorang akan lepak gak tempat die, sebab tempat die memang best untuk kitorang boys mengelak dpd WaGs kitorang.
Ijai memang ahli Team Bangi yang paling kreatif dan lucu antara kitorang. Lihat sajalah blog dia, dah brape ratus orang ikut skarang. Dalam bidang music pun Ijai sangat cemerlang (at least berbanding dengan line up Team Bangi). Ok ok cukup memuji ni. Nanti besar kepala. Haha.
Segala yang diceritakan di atas cuma gurauan saje Jai. You know we all lap you. Mari kita ucapkan slamat hari jadi kepada Ijai! Happy Birthday bro!
PS:
Sebelum membuat entri ni aku telah meroundup rakan-rakan Bangi untuk mendapatkan input untuk mengaibkan Ijai. Malang skali, input rakan-rakan Bangi aku agak mengecewakan. Lihatlah komen-komen Team Bangi di bawah:
5 comments:
wei sape tau kisah faizal berak dlm luar ni??cptla bongkar kan ak rakan sekelas pn xtau ni haha..
-fandi-
fitnah sahaja semua itu. entah mengapa tiba2 keluar gosip itu. haha adam macam cilanat je membuat mesyuarat mencari keaiban aku. tapi aku tetap terharu dan rela ditiduri kau.
parti liarrrrrrrrrr!
haha...
aku rase jamil je yang tau kisah ijai berak dlm seluar...jamil sila beri pendedahan ekslusif..
btw,hepi besday bro..we all lap u..haha...
-shuhud-
oi oi apesal lak aku jd partner in crime murtadha pasang porn? aku x penah pun ade memori tu? btw, Slmt Hari Jadi Faizal
-Dazrul-
haha dazu aku ingat kau ade kat situ. murtadha pasang porn hentai kan? lol. tapi kau cukup tenang dazu... kau suruh ijai delete history kat windows. kan? eh?
memori aku tak sehebat shuhud. banyak bende aku tak ingat.
Adam
Post a Comment