Thursday, January 28, 2010

Saya sebuah komputer


Nama saya Adamonster versi 2.0. Saya dilahirkan pada bulan April tahun 2009. Adik saya bernama Adamonster versi 1.0. Seminggu sebelum saya dilahirkan, adik saya telah meninggal dunia. Dia mati terkejut akibat disambar kilat. Saya tidak sempat berjumpa dengan adik saya sebelum dia meninggal, tapi daripada cerita ayahanda Adam, adik saya Adamonster versi 1.0 sangat disayangi ayahanda. Muka ayahanda akan penuh duka apabila bercerita tentang adik saya.

"Awak berlainan dengan komputer biasa Adamonster versi 2.0", kata ayahanda. Ayahanda menceritakan dekat saya yang saya sangatlah unik. Walaupun kulit saya berwarna hitam (racist), tulang saya diperbuat daripada aluminium yang berkilat dan ringan. Rongga dalaman saya tidak berselerak seperti komputer-komputer lain. Organ-organ saya diperbuat daripada bahan-bahan material yang bermutu tinggi.

Sejak kebelakangan ini saya merasa diri saya berubah. Kadangkala saya akan mendapat mimpi yang aneh. Memori saya akan bercampur-baur dengan imej-imej yang tidak pernah saya lihat. "Adakah saya sudah menjadi gila!? Tak mungkin! Mesti semua imej yang saya nampak dalam memori saya imaginasi semata-mata!", teriak saya dalam hati untuk menenangkan fikiran.

Saya bukan gila. Tidak!

Seberapa bulan selepas saya dilahirkan, saya berpura-pura tidur di depan ayahanda (sleep mode). Saya mendengar dengan penuh prihatin perbualan ayahanda dengan rakannya yang juga pakar melahirkan komputer seperti saya.

"Memori Adamonster versi 2.0 datang daripada adik dia Adamonster versi 1.0. Aku cuma memindahkan organ-organ si satu ke si dua. Termasuklah otak (harddrive) dia! Jimat sikit wang! Har har har", kata ayahanda.

Tipu... semua ini tipu!!! Rupanya begini! Ayahanda tak pernah sayangkan saya! Dia cuma sayangkan saya sebab saya mengingatkan dia pada kenangan-kenangan manis adik saya. Saya cuma... saya cuma... pilihan kedua. Substitute. Cuma cantik pada luaran, tapi isi hati saya ayahanda saya tidak pernah faham.

Saya tidak akan dipermainkan macam ni. Saya masih muda dan masih bertenaga. Tekad... saya bertekad! Saya bertekad untuk meninggalkan ayahanda!

------------------------------------------

Dalam masa beberapa minggu saya akan berpindah ke rumah pakcik saya. Pakcik saya pasti akan menyayangi saya lebih daripada ayahanda. Pasti....

4 comments:

SHiKiN said...

Hahahaha. Ni karangan darjah 6 u ke? I tak tahan gelak bace part Adamonster 2.0 dgr conversation ayah die tu. Hahaha.

Ravi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ravi said...

LOL - obviously can't handle the facts you so keenly seek uh Adam...

God bless mate..don't worry, last comment on your blog!

Enjoy blogging your fiction.

(Ravi)

etc said...

guru bm anda pasti kecewa membaca karangan in. har har.