Saturday, November 14, 2009

From Utusan

Puting beliung landa timur London
15/11/2009 3:27am

LONDON 15 Nov. – Hujan lebat dan angin kencang sehingga 100 kilometer sejam menyebabkan banjir, jalan ditutup dan mengganggu laluan melintasi selatan Britain, semalam.

Ribut yang dikatakan terburuk tahun ini mengakibatkan banjir kilat berlaku. Ramai pemandu telah diselamatkan daripada kenderaan mereka dan pokok turut tumbang menghempap kereta serta bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan .

Angin selaju 100 kilometer direkodkan semalam di Needles, Isle of Wight dan 60 kediaman musnah akibat puting beliung di pekan Benfleet, timur London.

Feri ke England dan Perancis turut dibatalkan disebabkan angin kencang dan tiga pekerja pelantar minyak diselamatkan oleh bot penyelamat selepas bot yang mereka naiki terkandas di Ness Point, wilayah paling timur di Britain.

Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan dan pusat kaji cuaca memberitahu keadaan akan semakin tenang menjelang esok. – AP


Be careful when you travel here on Monday baby

No comments: