Monday, November 24, 2008

Investing in yourself

Rentetan hari ini adalah untuk sahabatku Adzwan atau name manjanya Dezerk. Coretan ini adalah buktiku kepadanya bahawa aku memang telah mendapat gred 1A dalam subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun tulisanku ini tidaklah berpuitis, dan darah yang terkandung dalam badan kerdil aku ini kurang daripada 30% darah Melayu, aku tetap merasa bahawa penguasaan aku dalam Bahasa Melayu tidaklah selemah yang disangka.

Saudara Adzwan telah mengenali diriku ini sejak zaman pelajaran tinggi. Dia mungkin tidak sedar (dia sememangnya sedar) bahawa aku datang dari Bandar Baru Bangi. Budak-budak yang berkeliaran dekat Sekolah Menengah Jalan 3 tidak menggunakan bahasa orang "putih" dalam kehidupan seharian mereka. Aku adalah hasil daripada produk budak Jalan Tiga. Semua rakan-rakan aku termasuklah aku tidak menggunakan bahasa orang "putih" dekat sekolah ataupun taman permainan. Bahkan, kami tidak menggunakan penyambung kata seperti "so" mahupun "and" dalam bahasa Melayu seharian kami.

Kata orang, bila kita kehilangan apa yang dah sedia ada depan mata, barulah kita menghargai benda tersebut. Sememangnya aku rindu akan diriku dahulu yang mampu menulis karangan bahasa tanah air beratus perkataan tanpa terhenti sementara untuk menyemak semula alunan ayat. Tulisanku sekarang tidak sekemas dulu. Dulu aku mampu menyelit penjodoh bilangan, imbuhan yang berpatutan, prosa klasik, dan juga peribahasa yang unik dalam ayat-ayat karangan.

Aku terasa agak siksa nak buktikan penguasaan Bahasa Melayu. Arghhh aku mengantuk.... arghhhh. Aku tidur dahulu.....

5 comments:

njahmat said...

Dude. If you can't even spell "seksa" right, hehe, masakan anda menguasai bahasa Melayu=P

SHiKiN said...

your 'siksa' is like like the way my dad spells seksa. haha. ur malay is like org zaman dulu punye malay...you know, where they spell kampung like 'kampong' :P

Unknown said...

'nuff said. Even your wife seems to enjoy ganging up on you :)



Sememangnya aku tidak mampu menyampaikan ulasan yang puitis di dalam bahasa ibundaku yang indah ini. Sedihnya kisahku yg bagaikan kacang lupakan kulit ini.

Aduhai, pemeriksa SPM yang menghancurkan hidupku dengan gred A2-nya........ MENGAPA? OH, MENGAPA!!!

Adam Johari said...

baby i thought u had my back? wow. i'm going to look it up on a malay dictionary online nak buktikan ade the word 'siksa'... or i'll just make it up.

SHiKiN said...

sorry baby!! haha. but your malay is definitely better than mine ;)